Sunday, November 1, 2009

HARI PELADANG MARUDU 2009



Khamis, 20 Ogos 2009. Telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Maijol Mahab yang berlangsung di sekitar Pekan Tandek Kota Marudu.Turut di hadiri oleh En Jimbol Dangus (Pengerusi Penganjur), Ybhg Datuk George Sangkin (Pengerusi PPK Kota Marudu),Pengurus Besar, Ketua Jabatan/Agensi & Masyarakat Peladang..


Suasana di sekitar kawasan sambutan.


    YB sempat melawat gerai peladang & En.Ishaini Ismail Usahawan Peladang telah mempamirkan Produk Baja Cacing (Vetro) beliau.


Anggota PPK & Pengurus.

Aktiviti Y.B. Menteri : Majlis Taklimat Mengenai Penggunaan Baucer Beras Di Bawah Program SUBUR Kepada Pengerusi dan Urusetia MPPP Pada 12 Oktober 2009 Di PWTC Kuala Lumpur



 

Perasmian Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) 222 Kawasan Parlimen di PWTC

Dengan Prinsip 1 MALAYSIA, ‘RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’, kerajaan telah bersetuju menubuhkan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) di semua 222 kawasan parlimen bagi mengukuhkan pelaksaan pembangunan industri pertanian Negara hingga ke akar umbi dan meningkatkan pendapatan petani serta mengurangkan kadar kemiskinan. Matlamat utama penubuhan MPPP adalah untuk mendapatkan idea-idea berhubung pelaksaan projek pertanian di kawasan Parlimen dengan mengambil kira sumber sedia ada. Mengenal pasti permasalahan yang timbul di peringkat Parlimen mengenai pertanian, memaklumkan kepada semua pihak akan peluang-peluang perniagaan dalam sektor pertanian dan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan sebagai forum untuk berbincang memperkasakan pembangunan industri pertanian Negara. Kerajaan telah melantik wakil-wakil masyarakat setempat sebagai pemimpin dan Pengerusi MPPP yang dilantik adalah sebagai wakil sebagai wakil kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam program menyelaras program pembangunan pertanian di setiap kawasan. Menurut Dato’ Noh Omar pada peringkat awal sebanyak RM 100,000.00 akan diperuntukan untuk MPPP dan diagihkan melalui empat agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang akan bertindak sebagai urusetia bagi setiap kawasan Parlimen. Bagaimanapun semua peruntukan hanya diluluskan dengan persetujuan Pengerusi MPPP. Agensi urusetia untuk MPPP ialah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi Semenanjung dan Sabah, Lembaga Pemasaran Petanian Persekutuan (FAMA) sebagai peneraju di Sarawak, TEKUN NASIONAL bagi kawasan Parlimen di Bandar-bandar utama dan KADA serta MADA bagi kawasan Parlimen dibawahnya. Pengerusi MPPP dan anggotanya antara lain bertanggungjawab untuk mengenalpasti projek-projek yang sesuai dibangunkan di kawasan Parlimen berkenaan, menyalurkan bantuan yang perlu serta membantu meningkatkan produktiviti pertanian dalam negara.